Friday 16 September 2011

TRADITIONALS GAMES

TRADITIONAL GAMES

 In computer and video games, a traditional game is a computer program adaptation of a non-computer game . Board games and card games can be play on the internet or LAN between players helping them to become popular to play online. 

PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING

KETINGTING

>Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng, Dua petak – serambi, Satu petak – tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.




PERMAINAN TRADISIONAL GETAH

GETAH

>Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.




PERMAINAN TRADISIONAL CEPER

CEPER

>Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan adalah berbeza. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang diperbuat daripada timah dan ia dileperkan. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan serpihan batu seperti yang digunakan dalam permainan koba.




TRADITIONAL GAME GASING

GASING

>Top spinning is very popular in Labuan. A length of rope is skillfully wound around the carved wooden top which unwinds quickly as it is thrown to the ground. The object of the game is to keep the top spinning as long as possible, lifting it from the ground onto a small flat wooden base. In competitions, opponents strike each other's tops and try to hit them out of the game. Even very young children have shown great skill in this traditional game of gasing.




PERMAINAN TRADISIONAL DAM AJI

DAM AJI

>Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah tir dan papan dam. Gelanggangnya adalah permukaan rata.



PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK

CONGKAK

>Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Ia merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah dua orang. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah papan congkak dan guli. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampung 5, 7, 8 atau 9.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".





CARA-CARA BERMAIN CONGKAK

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

 (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.


 (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.


 (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.


 (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Thursday 15 September 2011

PERMAINAN TRADISIONAL SABUNG AYAM

SABUNG AYAM

>Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. Berdasarkan pelbagai peristiwa dan cerita yang tertulis di dalam buku-buku hikayat termasuk juga cerita-cerita mulut, kononnya 'menyabung ayam' merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman lampau. Kononnya pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan 'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.


Wednesday 14 September 2011

TRADITIONAL GAME LAYANG-LAYANG

LAYANG-LAYANG

Layang-layang is kites. Bamboo frames are covered with thin kite paper and can measure anything from 18 inches to 4 feet in length. During competitions, contestants take turns to fly their kite. Points are given to the quality of the kite, its decorations, flying techniques and aerial manouvers. It takes skill to handle a kite, especially when the wind is high.





DEFINISI PERMAINAN TRADISIONAL

Maksud permainan tradisional ini ialah permainan yang ditubuhkan oleh orang
melayu dari dulu lagi.Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari
daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung
wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap
kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu
permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup
terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung
terutamanya sejak dahulu hingga hari ini.