Friday 16 September 2011

PERMAINAN TRADISIONAL GETAH

GETAH

>Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.




No comments:

Post a Comment